Saturday, September 22, 2012

Anda sudah memperolehi berat badan ideal atau masih teraba raba....


Assalamu’alaikum….


Apakhabar semua ? harapan saya, anda semua sihat walafiat dan sentiasa menjalani kehidupan secara sihat..InsyaAllah.

Sejak bermulanya tahun 2012, saya rasa ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan, ramai yang berazam untuk mendapatkan berat badan ideal..…kita semakin menghampiri penghujung 2012, dalam masa lebih sedikit dari 3 bulan, kita akan melangkah ketahun 2013…saya harap, azam tahun lepas telah terlaksana…biarlah tahun 2013, kita berazam untuk melakukan sesuatu yang lain pulak….

Namun begitu bagi mereka yang masih belum berjaya mendapatkan berat badan ideal, dan masih berazam….mari kita sama sama melihat dan mencari dimana silapnya proses menurunkan berat badan yang diikuti…..bagi mereka yang berazam tetapi tidak berbuat apa2….itu memang den tak boleh nak kato apo lah…..hehehe..


Susah ke nak kurus..?Ramai pesakit yang saya temui mengakui susah untuk menurunkan berat badan.., kalau berjaya pun….tidak bertahan lama…malah…kenaikan baru lebih tinggi dari berat sebelum proses diet mereka…namun sebenarnya proses ini walaupun bukan senang tetapi tidak mustahil dan tidak terlalu susah kalau kita tahu cara yang betul.Proses ‘ diet ‘ bukan lah sekadar mengurangkan jumlah makanan, mengubah corak pemakanan dan bersenam semata2 selain dari mengambil pil atau minuman ‘diet ‘, tetapi proses keseluruhannya lebih kepada perubahan sikap kita terhadap tubuh badan kita dan perubahan cara hidup kita secara menyeluruh.


Di zaman dahulu, manusia sebelum abad moden ini, tidak menghadapi masalah seperti kita sekarang.Kenapa? sebab cara hidup yang mereka amalkan…zaman ini zaman kita menjadi manusia yang manja dan suka memanjakan diri…kita menghabiskan masa berjam jam mengadap computer, menonton TV atau berborak dikedai kopi sambil minum teh tarik….

Kita kurang mengambil berat tentang tubuh kita , walaupun mungkin ada yang mengambil berat, namun lebih menumpukan kepada luaran semata2 seperti bersolek dan berpakaian cantik warna warni dan lip lap.. tetapi yang lebih penting seperti kesihatan diberi perhatian hanya apabila merasakan tidak sihat atau setelah menjadi “ terlebih sihat….”Walhal, cara hidup kita banyak mempengaruhi keberkesanan kita menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal….


Kalau anda mahu Berjaya dalam mendapatkan berat badan ideal….cubalah…” TIRU MACAM SAYA…..” hehehehe.

Sebenarnya kalau mahu, kita perlu ubah sikap dan cara hidup kita terlebih dahulu…sebelum kita menghabiskan duit membeli pil2 , minuman diet atau peralatan untuk berdiet…simpan duit itu  dulu…dah berjaya mengubah sikap dan cara hidup kepada yang lebih sihat dan dapat mengamalkannya secara konsisten atau berterusan tanpa perlu asyik mengingatkan diri sendiri atau perlu ditegur selalu…barulah kita belanja duit kita….dengan kata lain…biarlah perubahan tadi sudah sebati dengan diri kita dan telah menjadi rutin…bak kata orang putih…

“ IT HAS BECOME OUR SECOND NATURE…”

Jadi apa yang perlu kita buat….??okay lah…mari kita bermula dengan mengamalkan perkara2 yang saya senaraikan dibawah ini…buatlah perubahan secara kecil dan berperingkat peringkat  agar tubuh dan minda anda tidak terperanjat dan menolak perubahan yang cuba dilakukan.
Pepatah melayu yang berbunyi:

“Sikit sikit, lama lama menjadi bukit..”

Masih lagi relevan, walaupun zaman dah berubah beribu kali….begitu bijak generasi terdahulu berkata kata…

CUBA ANDA AMALKAN:



1) SENAMAN SECARA KONSISTEN; senaman macamana yang sesuai..?kenapa?perlu ke?




  • ·       Bersenam itu adalah komponen yang penting untuk mengurangkan berat badan.bersenam membantu membakar kalori dan membantu pembentukan otot yang kemudian mempercepatkan pembakaran lemak.
  • ·       Bersenam juga meningkatkan pengeluaran adiponectin, sejenis hormon yang dikeluarkan oleh sel lemak dan membantu dalam proses mengurangkan berat badan berlebihan.
  • ·       Mana lebih baik untuk membakar kalori? Berlari atau berjalan..?
  • ·       Bergantung lah kepada keperluan individu, secara amnya, berlari dapat membakar 50% lebih kalori berbanding berjalan untuk satu jarak yang sama, walaupun masa yang diambil lebih singkat.Ini kerana semasa berlari, kita juga melompat, dan ini memerlukan tenaga yang lebih.
  • ·       Berjalan sesuai untuk mereka yang lebih berumur, mengidap penyakit seperti sakit jantung dan sakit sakit sendi, senaman paling senang, tidak memerlukan banyak peralatan selain kasut dan juga tidak banyak risiko kecederaan.
  • ·       Berjalan laju lebih baik (Brisk walk) dari berjalan sambil berlenggang, seperti itik pulang petang….berjalan juga sepatutnya dilakukan secara berterusan tanpa berhenti rehat dan pastikan ada ‘target’ jarak yang mahu dicapai.Ie 3KM..Kalau berjalan secara ‘Brisk walking..” pastikan juga jangka masa untuk melakukan perjalanan tidak mengambil masa terlalu lama…( banyak berehat.)
  • ·       Senaman berjalan secara konsisten ini elok dilakukan sekurang2nya 5 kali seminggu….untuk mendapatkan manafaat senaman itu sendiri dalam memastikan tahap kesihatan pada tahap maksima.
  • ·       Tanpa bersenam, proses menguruskan badan akan mengambil masa yang agak lama dan perlahan.
  • ·       Kalau anda rajin, ada masa dan wang berlebihan, boleh lah menjadi ahli kelab “ fitness centre” mana2 atau menjadi ahli gymnasium…tiada masalah diisitu…sebab trainer pun ada untuk membantu anda melakukan senaman atau aktiviti yang bersesuaian.Dengan kata lain,apa jenis senaman pun tidak kisah, yang penting anda lakukan secara konsisten dan berterusan.Silakan…..
  • ·       Untuk mengekalkan tahap kesihatan minima sekiranya kita tidak melakukan apa apa senaman, seharusnya kita mengamalkan berjalan 10,000 langkah sehari..

2)  MINUM THE HIJAU

  • ·       Ya benar, teh hijau banyak khasiat. Antaranya mengurangkan berat badan dan boleh membantu tubuh menghentikan penghasilan sel sel lemak baru, bagaimana? Sebab teh hijau mengandungi banyak antioksidan yang membantu menghapuskan radikal bebas.Radikal bebas boleh meyebabkan lebihan berat badan apabila menyerang sel sel lemak dan menjadikan sel sel lemak tadi menjadi tidak stabil dan dipanggil “ toxic fat cell”.
  • ·       Radikal bebas menyerang sel sel yang sihat dalam tubuh kita mengakibatkan kerosakan dan sel sel yang rosak ini menjadi punca kepada berbagai masalah kesihatan.
  • ·       Untuk memastikan sel sel kita sihat, pengambilan antioksidan penting untuk megelakkan Kerosakan sel sel yang berterusan
  • ·       Radikal bebas terdapat dalam tubuh kita, walaupun Cara hidup dan pemakanan kita sihat disebabkan berbagai faktor seperti pencemaran udara dan air, pengambilan makanan yang diproses, tekanan hidup dan sebagainya.
  • ·       Minum lah secawan the hijau sehari, amalkan secara konsisten dan tengok hasilnya






  1. 3) TIDUR YANG CUKUP




  • ·       Apabila tidur tidak mencukupi, bermakna kita juga kekurangan hormon Leptin.Kekurangan hormon ini boleh menyebabkam peningkatan selera makan.Orang yang kekurangan tidur juga lebih cenderung mengambil makanan tinggi lemak dan berkalori tinggi daripada makanan yang lebih sihat seperti buah buahan dan sayur sayuran.
  • ·       Kekurangan tidur boleh menyebabkan berlakunya perubahan aktiviti otak, dan ini akan menyebabkan terjadi perubahan paras hormon, keletihan, mengantuk, kurang nafsu sex, dan kurang konsentrasi.
  • ·       Kekurangan tidur juga merangsang bahagian otak yang berkaitan dan meningkatkan selera anda terhadap makanan berkalori tinggi.
  • ·       Kaitan antara kurang tidur dengan perubahan aktiviti otak  dan peningkatan  selera makan telah dibuktikan secara saintifik dan telah di muatkan dalam  Journal of clinical endrocrinology and metabolism
  • ·       Sasarkan untuk mendapatkan tidur antara 6-8 jam semalam dan Cuba dapat Kan tidur yang berkualiti dan tidak terganggu.Mulai hari ini, katakna; tidur lebih baik dari terus mengadap komputer berFB.


4)MAKAN KARBOHIDRAT dikurangkan dan masa pengambilan juga penting.

  • ·       Pengambilan makanan karbohidrat  rendah  efektif untuk penurunan berat badan
  • ·       Pegambilan karbohidrat perlu dilakukan pada waktu pagi atau selepas melakukan senaman, elakkan mengambil karbohidrat pada waktu malam.
  • ·       Anda tidak perlu meninggalkan terus makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi..nasi masih boleh makan lah..
  5) MAKAN IKAN.

  • ·       Pengambilan ikan yang tinggi kandungan omega 3 penting untuk  membantu pembakaran lemak melalui peningkatan hormon adiponectin
  • ·       Anda tidak perlu menjadi “vegetarian “untuk menjadi kurus….
  • ·       Kalau tak suka ikan..boleh lah mengambil supplemen omega 3 secara konsisten.

     Akhir kata, sekiranya anda benar benar berazam untuk mendapatkan berat badan ideal, jadikan 5 amalan  di atas sebagai sebahagian cara hidup… barulah memikirkan untuk menjalani sebarang proses ‘ diet ‘ yang terbukti dan  dirasakan sesuai mengikut kemampuan fizikal, mental dan yang paling penting budjet sendiri..InsyaAllah, penurunan berat badan yang dicapai dapat dikekalkan untuk suatu jangkamasa yang panjang.

Tahun 2012 masih berbaki 3 bulan lagi…masih ada peluang sebelum menjelangnya 2013..




Sekian…semoga masih ada masa dan ruang pertemuan di hari hari mendatang….insyaAllah.