Tuesday, November 16, 2010

Assalamualaikum and selamat sejahtera.....

kekadang lucu bila mengenangkan sifat manusia. Kita diberi akal untuk menilai, tetapi dalam kehidupan kita seharian, kita jalani kehidupan kita dengan sewenang2 nya dan kurang memikirkan tentang akibat dari perbuatan kita.

Contoh yang amat dekat, adalah...ayah, suami, adik beradik lelaki, anak lelaki dan rakan2 lelaki di sekeliling kita.Mereka tahu merokok itu merbahaya, malah fatwa telah pun dikeluarkan tentang perbuatan merokok ini.Akibat dari merokok juga banyak diwar warkan dalam media, malah di kotak rokok sendiri terpampang gambar gambar yang amat dahsyat hasil dari merokok ini...

Namun kebanyakan perokok tegar, masih berusaha bermacam cara untuk " menjustifikasikan" kenapa mereka perlu dan harus merokok.Antara alasan yang sering kita dengar adalah " atuk saya telah merokok 30 tahun tetapi beliau masih sihat " ataupun " alaaa....saya cuma merokok 10 batang sahaja sehari, salah ke..??"

Mereka lebih rela untuk berdolak dalik memberi alasan agar mereka terus dapat merokok. Jarang sekali kita mendengar mereka mendidik hati dan minda mereka untuk cuba belajar berhenti merokok.Kita tidak pulak mendengar mereka berkata " alamak...saya belanjakan rm2o seminggu untuk membeli rokok..kalau sebulan dah rm80...kira campur dalam setahun rm1000 hangus begitu sahaja semata2 untuk memenuhi tuntutan nafsu merokok..."

Bayangkan kalau duit rokok itu di simpan didalam tabung haji, insyaAllah...dalam masa 10 tahun, beliau telah dapat menunaikan ibadah haji...malah mungkin dalam 10 tahun berhenti merokok, kesihatan beliau telah dapat ditingkatkan...

Tetapi beginilah kehidupan kita....kebanyakan kita masih berpaksikan hawa nafsu dalam kebanyakan urusan hidup seharian.Apakah telah tiada jalan untuk kembali kepangkal jalan...tentu lah masih terbentang luas...yang penting, kita kena kendalikan nafsu kita dan bertekad...

Sekian, semoga masih ada masa dan ruang pertemuan di hari2 mendatang...insyaAllah.

Pengenalan......